Rezeki cinta sensasi - Utusan Malaysia

Rezeki cinta sensasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KISAH cinta pelakon Emma Maembong dengan Syed Abdullah semakin hari semakin sensasi. Setiap hari ada sahaja perkembangan terbaharu tentang mereka yang menarik perhatian ramai.

Sampaikan ada yang panasaran untuk mengetahui apa sebenarnya hubungan mereka. Yang terkini, mereka didakwa sudah berkahwin. Betul ke? Tetapi jika seperti yang digembar-gemburkan, mana bukti yang menyokong kenyataan itu.

Takkanlah kahwin koboi, masing-masing kan ada nama keluarga yang perlu dijaga. Keluarga kedua-duanya juga bukan daripada kalangan orang biasa, semuanya sangat terpengaruh dalam arena seni dan politik.

Bapa Emma sendiri seorang pelukis negara terkenal iaitu Ismail Maembong. Manakala Syed Abdullah pula merupakan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Lagipun, kita tak boleh terlalu bersandarkan kepada cerita warganet selagi tidak disertakan dengan bukti yang kukuh. Takkanlah seorang warganet yang buat dakwaan sebegitu, semua dah jadi menggelabah, terus mempercayai bulat-bulat.

Ini kerana pasangan tersebut itu sudah lama mengenali antara satu sama lain. Emma sendiri mengakui yang dia rapat dengan Syed Saddiq apabila timbul cerita mereka pernah digosipkan sebelum ini.

“Emma berkawan rapat dengan Syed Saddiq sebelum lelaki itu menceburi bidang politik. Menerusi Syed Saddiq, dia berkenalan dengan abangnya, Syed Abdullah yang waktu itu bekerja sebagai pramugara,” kata satu sumber.

Ada orang yang membisikkan ke telinga Mary yang Syed Abdullah sudah pun meletakkan jawatan sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Dubai. Surat peletakan jawatannya berkuatkuasa tidak lama lagi.

Salah satu sebab dia tak mahu lagi bekerja di awan biru kerana berminat nak jadi pelakon. Dia nak cuba menerokai bidang hiburan. Tambahan pula selepas mendapat tawaran untuk berlakon drama.

Khabarnya, drama tersebut terbitan Michael Ang yang juga mempunyai hubungan yang baik dengan Emma. Hah, nampak tak pertalian cerita di sini yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Kita tak akan membuat spekulasi tentang perkara ini. Kalau benar ada rezeki dalam bidang seni, tak salah sebab Syed Abdullah juga mempunyai pakej untuk menjadi seorang pelakon lelaki.

Cuma untuk Emma berhati-hatilah dalam tindakan selepas ini. Jangan sampai gambar sensasi yang lain muncul lagi sudahlah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×