Empat tukang rumah cedera binaan garaj runtuh - Utusan Malaysia

Empat tukang rumah cedera binaan garaj runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT – Empat tukang rumah mengalami kecederaan ringan selepas struktur bumbung garaj yang dibina mereka runtuh di Kampung Palekbang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, mangsa-mangsa iaitu Abdullah Deraman, 60; Ismail Mahmud, 60, dari Kampung Sungai Pinang dan Mohd. Faizal Abdullah, 32 dan Che Muhammad Arif Che Ariffin, 22, dari Kampung Kolam Teratai mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, semasa kejadian dua daripada tukang rumah itu berada di atas bumbung manakala dua lagi di bawah garaj untuk kerja-kerja pemasangan atap.

“Sebaik sahaja anggota bomba tiba di tempat kejadian keempat-empat mangsa sudah keluar dari runtuhan bekenaan.

“Mereka berempat mengalami kecederaan ringan dan terus dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tumpat untuk ke hospital.

Tambahnya , hasil pemeriksaan awal mendapati struktur bumbung garaj itu tidak dapat menampung berat atap dan pihaknya masih meneruskan siasatan.

“Rangka bumbung tersebut menggunakan kayu lama, mungkin itu penyebab ia runtuh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×