[VIDEO] Hina Agong: Tujuh lagi NGO buat laporan polis - Utusan Malaysia

[VIDEO] Hina Agong: Tujuh lagi NGO buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Gabungan UMNO Bahagian Jerantut bersama tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang pengguna laman sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, lebih banyak NGO akan membuat laporan terhadap pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Desmond Yongkor yang didakwa telah memuat naik gambar bersama kenyataan menghina Sultan Abdullah.

“Kami tidak boleh terima pelakuan ini kerana ia satu penghinaan yang ketara sehingga mengguris hati seluruh rakyat Malaysia terutama anak jati negeri Pahang.

“Kami mahu pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas kerana perbuatan itu terlalu biadab sehingga mencabar kedaulatan raja-raja Melayu,” katanya yang ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut, di sini hari ini.

Turut hadir membuat laporan polis hari ini adalah wakil dari Pekida Jerantut, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Persatuan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jerantut.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah adalah payung negara malah baginda perlu dihormati serta disanjungi oleh rakyat dan bukannya membuat penghinaan secara terbuka.

Justeru itu, beliau mahu pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama serta membuat siasatan segera terhadap pengguna laman sosial yang menghina institusi diraja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×