Suami isteri ditahan dalam operasi basmi dadah - Utusan Malaysia

Suami isteri ditahan dalam operasi basmi dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 2 Feb. – Sepasang suami isteri masing-masing berusia 22 tahun adalah antara yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam satu operasi membasmi penyalahgunaan dadah dekat sini semalam.

Pengarah AADK negeri, Nazira Sadiron berkata, kedua-dua suspek itu diberkas oleh sepasukan anggota AADK negeri ini hasil aduan orang ramai.

Menurutnya, pasangan berkenaan yang disyaki menagih dadah jenis syabu sejak setahun lalu, ditahan di sebuah rumah milik keluarga mereka di Senawang.

“Dalam operasi ini, anggota kami turut menahan adik lelaki salah seorang pasangan suami itu yang berusia 19 tahun.

“Ketiga-tiga suspek difahamkan menagih dadah di rumah kepunyaan nenek dua beradik tersebut,” katanya, di sini hari ini.

Nazira berkata, pasangan suami isteri itu mempunyai seorang bayi lelaki berusia dua tahun dan punca penagihan dipercayai disebabkan tekanan perasaan.

Tambahnya, AADK turut menahan dua penagih dadah lelaki berusia 20-an di sekitar bandar ini dalam operasi bermula pukul 10.30 malam hingga 8.30 pagi hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×