Pembantu Perawatan Kesihatan diraikan - Utusan Malaysia

Pembantu Perawatan Kesihatan diraikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 2 Feb. – Lebih 300 Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dari seluruh hospital di negeri ini berkumpul pada Malam Mesra Sejambak Budi Seharum Kasturi di Hotel Holiday Villa, di sini malam tadi.

Program tahunan itu diadakan untuk meraikan ahli PPK disamping mengeratkan perpaduan dalam kalangan mereka dengan pegawai-pegawai tertinggi.

Majlis itu dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan Nege­ri Kelantan, Dr. Zaini Hussin; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Ir. Razani Ab. Lazid dan Duta Bina Paint, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani selaku penaja utama.

Timbalan Pengarah Perubatan 1 HPRZ II, Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, tujuan penganjuran majlis itu adalah bagi merapatkan hubungan sesama ahli PPK di seluruh Kelantan.

“Majlis itu juga membolehkan semua PPK bersua dan berbincang sesama mereka mengenai tugasan masing-masing.

“Selain itu juga pihak PPK turut mengatur pelbagai program sepanjang tahun ini antaranya melibatkan program jati diri, keagamaan, kebudayaan dan sukan,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Tambahnya, PPK seluruh Kelantan dianggarkan seramai 4,000 orang melibatkan Gred Jawatan U11, U14 dan U16. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×