Saya tidak akan keluar parti-Noh - Utusan Malaysia

Saya tidak akan keluar parti-Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJONG KARANG 2 Feb.- Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menegaskan pendirian bahawa tidak akan keluar daripada UMNO dan melompat ke parti lain.

Malah, Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi berkata, adalah tindakan tidak wajar sekiranya dia meninggalkan parti kerana kemenangan yang dikecapi selama enam penggal adalah hasil jenteranya yang bekerja siang dan malam.

“Saya menang bukan kerana nama Noh Omar, tetapi atas tiket Barisan Nasional selain mempunyai jentera yang membantu dalam memastikan kemenangan.

“Ketika berita ini disebarkan saya sedang menunaikan umrah dan agak terkejut berikutan ia langsung tidak benar. Namun, tindakan tidak wajar sekiranya saya meninggalkan UMNO,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Disember lalu, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Fakeh dipercayai merupakan salah seorang daripada lima wakil rakyat UMNO yang akan mengumumkan keluar parti petang ini.

Ini selepas nama dan tandatangan Mohd. Fasiah terdapat dalam surat pengumuman keluar parti yang dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Lima lagi individu lain ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×