Lelaki maut langgar belakang treler - Utusan Malaysia

Lelaki maut langgar belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang lelaki maut dipercayai memandu secara laju sebelum terbabas dan melanggar belakang sebuah treler yang diletak di tepi Jalan Raja Lumu di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5 pagi, Chua Yan Hao, 21, meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan akibat tersepit. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kemalangan dikatakan berlaku mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira menghala ke Jalan Raja Lumu dari Jalan Kim Chuan. 

Katanya, mangsa dikatakan hilang kawalan terhadap pemanduannya sebelum melanggar bahagian belakang kanan sebuah treler yang diletakkan di bahagian sebelah kiri jalan. 

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit dalam Proton Wira tersebut dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan. 

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Jelas beliau, siasatan awal mendapati treler tersebut diletakkan pemandunya berusia 24 tahun di tepi jalan tersebut yang berhampiran rumah sewanya. 

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×