Polis siasat motif pelancong Finland elak dirakam CCTV - Utusan Malaysia

Polis siasat motif pelancong Finland elak dirakam CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN – Tindakan pelancong Finland yang hilang di Pulau Tioman sejak 22 Januari lalu mengelak daripada dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika berada di pulau peranginan berkenaan menimbulkan tanda tanya dan polis kini menyiasat motif sebenar lelaki tersebut berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kali terakhir imej Nikitin Aleksis Elus Valtteri, 20, dirakam CCTV ialah antara pukul 7 dan 8.30 pagi pada 22 Januari ketika dia melalui kawasan sebuah kawasan penginapan.

“Ketika melalui sebuah resorts di Kampung Paya, mangsa yang memakai baju hitam dan berseluar panjang dilihat cuba menutup CCTV dengan tangannya selepas melalui kawasan itu.

“Polis masih menyiasat punca tindakan itu dan kita juga telah menyoal siasat beberapa individu yang berhubung dengan mangsa sebelum dilaporkan hilang bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di Pulau Tioman di sini hari ini.

Menurutnya operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan sejak 26 Januari lalu masih diteruskan, namun bilangan anggota yang terlibat telah dikurangkan selepas tiada petunjuk baharu selain mengambil masa yang agak lama. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×