Menteri akan jumpa PDRM bincang isu diskaun saman trafik - Utusan Malaysia

Menteri akan jumpa PDRM bincang isu diskaun saman trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan mengadakan pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mencari titik penyelesaian berhubung isu diskaun saman trafik.

Menurutnya, perbinca­ngan itu akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

“Saya juga bercadang untuk berbincang dengan Kementerian Dalam Ne­geri (KDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya saman trafik dan saman dikeluarkan PBT tidak menawarkan sebarang diskaun,” katanya pada sidang akhbar selepas mengedarkan pek cenderahati kepada 1,000 penumpang tren Keretapi Ta­nah Melayu Berhad (KTMB) sempena Tahun Baru Cina di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×