Tiga saksi perbicaraan dicari - Utusan Malaysia

Tiga saksi perbicaraan dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai tiga individu yang menjadi saksi perbicaraan berhubung kes culik seorang usahawan wanita di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 13 dan 14 Februari ini.

Saksi-saksi tersebut ialah Yeap Pik Kian, 46, mempunyai alamat terakhir di No. 1, Jalan Pulau Pinang, Taman Rakyat, Kamunting, Perak; Hooi Yoke Sim, 40, beralamat No. 6, Jalan Desa Cahaya 9, Taman Desa Cahaya Cheras di sini dan Muhammad Danial Hakim, 23, yang beralamat di Blok C-3-11, Flat Seri Perindu, Alam Damai, Cheras di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya berharap ketiga-tiga individu berkenaan dapat segera tampil bagi menjadi saksi untuk perbicaraan kes berkenaan.

“Sehubungan itu, ahli keluarga atau orang ramai yang mengenali mereka diharapkan boleh membantu menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintenden N. Ramesh di talian 012-5056262,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×