Lebih 10 syarikat dipantau ekoran kesalahan di bawah Akta Pekerjaan - Utusan Malaysia

Lebih 10 syarikat dipantau ekoran kesalahan di bawah Akta Pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 1 Feb. – Kementerian Sumber Manusia sedang memantau lebih 10 syarikat kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pekerjaan 1955, khususnya yang berkaitan dengan penggajian pekerja asing.


M.Kula Segaran
M.Kula Segaran 

Menterinya M.Kula Segaran berkata para majikan seharusnya melayan pekerja asing mereka sama seperti pekerja tempatan, namun beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama syarikat-syarikat berkenaan.


Beliau berkata demikian dalam persidangan media selepas menyampaikan bantuan kepada 26 penduduk Kampung Tai Lee di Buntong di sini, yang terjejas tempat kediaman mereka akibat kejadian ribut pada 6 Jan lepas.


Sementara itu merujuk kepada kejadian mogok oleh 2,000 warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang sarung tangan di Sepang Selasa lepas, Kula berkata pihak kementerian mengenal pasti bahawa syarikat WRP Asia Pacific Sdn Bhd itu melakukan 42 kesalahan yang berkaitan penggajian buruh berdasarkan kepada siasatan yang dilakukan keatas syarikat berkenaan sejak Ogos tahun depan.


“Sekurang-kurangnya 42 kes dikesan, termasuk penyediaan kemudahan dan persekitaran yang teruk kepada para pekerja. Kementerian akan mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat yang melanggar undang-undang.

“Dalam kes berkaitan WRP, syarikat itu sanggup membayar gaji pekerja tempatan kerana mereka (pekerja) boleh membuat laporan kepada Jabatan Buruh, tapi bagi pekerja asing mereka tidak boleh berbuat demikian, Ini tidak adil,” katanya.


Semalam Jabatan Tenaga Kerja dalam satu kenyataan berkata siasatan mendapati syarikat itu melakukan pelbagai kesalahan, antaranya tidak membayar kerja lebih masa, potongan gaji yang tidak adil, dan penetapan waktu kerja yang salah sewaktu hari cuti. – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×