Kelantan buru tiga mata dalam aksi pertama - Utusan Malaysia

Kelantan buru tiga mata dalam aksi pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Feb. – Kelantan mahu meraih tiga mata pada aksi pembuka tirai Liga Perdana 2019 menentang Selangor United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) petang esok.

Perancang tengah The Red Warriors (TRW) Nik Akif Syahiran Nik Mat kemenangan itu amat diperlukan sebagai tonik untuk mengharungi saingan Liga Perdana musim ini.

Menurutnya, meskipun TRW dibarisi ramai barisan pemain muda termasuk tonggak import dia optimis skuad yang dikendalikan Marko Kraljevic itu mampu meraih mata penuh.

“Saya lihat keserasian antara kami makin kemas walaupun baharu beberapa hari di bawah bimbingan Kraljevic.

“Di bawan kendalian Kraljevic dia dan rakan-rakan tidak berdepan sebarang masalah untuk mengikuti corak permainan yang diterapkan oleh bekas pemain Kelantan era 1991-1994 itu,” katanya.

Nik Akif memberitahu, rata-rata pemain begitu selesa dan memahami setiap arahan yang diberikan oleh Kraljevic.

Katanya, dia menuntut rakan-rakan sepasukan dapat memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut.

“Insya-Allah dengan kesungguhan dan persiapan yang dilakukan sepanjang tempoh pra musim lalu, saya optimis TRW mampu meraih keputusan positif,” ujarnya.

Anak kelahiran Kampung Keroh, Kuala Krai itu bagaimanapun mengingatkan rakan-rakan sepasukan supaya berwaspada dengan ancaman lawan.

Katanya, Selangor United pastinya turut turun dengan misi memburu tiga mata pada perlawanan itu nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×