Hijrah Jihan Muse - Utusan Malaysia

Hijrah Jihan Muse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penampilan terbaharu pelakon dan pelawak terkenal, Jihan Muse menggayakan selendang menutup kepalanya seakan-akan memberi petanda kesediaan selebriti itu untuk berhijab.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 36, yang kini sedang bercuti bersama keluarga di Jepun kerap memuat naik perkongsian gambar menunjukkan dirinya mengenakan penutup kepala di laman Instagram.

Isteri kepada pelakon, Ungku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 34, dilihat mula menutup bahagian rambutnya ketika berkunjung ke lokasi tragedi tsunami di Palu, Sulawesi kira-kira pertengahan Januari lalu.

Lawatannya ke negara berkenaan bersama tiga rakan karibnya yang juga selebriti iaitu pengacara dan personaliti popular Fara Fauzana dan pelakon, Zara Zya bagi menjayakan kerja sosial diberi nama Misi Dapur Kaseh Buat Sulawesi.

Sepanjang misi enam hari bermula 19 hingga 24 Januari di Palu, Jihan sempat melawat Masjid Terapung Palu yang dianggap tanda kebesaran Allah kerana rumah ibadat tersebut menjadi bangunan tunggal yang tidak roboh dibawa arus.

Sejak mengenakan selendang, ruangan komen di laman Instagram Jihan dihujani doa peminat yang menyatakan hasrat supaya kekal bertudung.

“Jihan Muse, cantik sangat, semoga kekal istiqamah. Sayang awak (love you).

“Alhamdulillah cantiknya Jihan”, memetik komen pengguna laman sosial di Instagramnya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×