Peniaga nasi lemak mengaku tidak bersalah ugut emak - Utusan Malaysia

Peniaga nasi lemak mengaku tidak bersalah ugut emak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Seorang penjual nasi lemak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh ibunya, minggu lalu.

Emmanuel Joe Christie, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menakutkan ibunya, P. Calestina Jeya Seli dengan ugutan yang menyebabkan kematian dan mendatangkan ketakutan kepada mangsa di sebuah restoran di Pandan Jaya, Ampang di sini pada pukul 12 tengah malam, 25 Januari lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×