Pesawat Japan Airlines terbabas - Utusan Malaysia

Pesawat Japan Airlines terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 1 Feb. – Sebuah pesawat milik Japan Airlines dari New Delhi, India terbabas selepas dipercayai terlanggar tompokan salji ketika mahu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, di sini hari ini.

Jurucakap lapangan terbang itu, Kazuhiko Morio berkata, kesemua 201 penumpang dan kru bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan telah diiring keluar dari pesawat Boeing 787 terbabit.

Menurut beliau, kejadian tersebut menyebabkan satu daripada dua landasan di lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sejam bermula dari pukul 7 pagi, waktu tempatan.

Landasan tersebut ditutup sekali lagi ketika proses memindahkan pesawat ke zon keselamatan dijalankan.

Punca kejadian masih belum diketahui namun stesen penyiaran awam NHK melaporkan, satu tayar pesawat berkenaan mungkin melanggar tompokan salji secara tidak sengaja.

Agensi kaji cuaca Jepun meramalkan bahawa kawasan Kanto di timur Jepun akan dilanda sedikit salji termasuk di kawasan sekitar Narita. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×