Tiada pengganti Lewandowski, tiada masalah - Bayern - Utusan Malaysia

Tiada pengganti Lewandowski, tiada masalah – Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 1 Feb. – Bayern Munich akan menyertai Liverpool dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara kurang dua minggu lalu namun juara Jerman itu menegaskan mereka tidak

NIKO KOVAC – REUTER

mempunyai masalah meskipun tiada penyerang kedua bagi membantu Robert Lewandowski.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sandro Wagnes dijual kepada kelab Liga Super China (CLS), Tianjin Teda, Rabu lalu dan difahamkan yuran perpindahan pemain itu bernilai 5.7 juta euro (RM26 juta) menjadikan

Lewandowskit satu-satunya penyerang yang dimiliki Munich.

Penyerang Poland itu sudah meledak 12 gol dalam Bundesliga dan lapan bagi aksi Liga Juara-Juara pada musim ini.

Walau bagaimanapun, ketua jurulatih, Niko Kovac, menegaskan kekurangan pemain bagi menampung jentera serangan Bayern tidak mempunyai masalah meskipun ketika ini mereka

ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga dan perlu berdepan The Reds yang kini berada di tahap terbaik mereka.

Jurulatih berusia 47 tahun itu tidak mempunyai perancangan untuk membawa pemain baharu sebelum pasaran perpindahan pemain tutup di Jerman pada pukul 5 petang semalam

(waktu Jerman).

“Kami masih ada Thomas Mueller dan Serge Gnabry dan kedua-dua pemain ini mampu mengisi kekosongan Wagner atau kami tidak akan melepaskan dia (Wagner).

“Kami memiliki skuad yang besar. Serge boleh memainkan peranannya sebagai penyerang dan dia melakukannya beberapa kali di Hoffenheim (bekas kelab).

“Thomas pula seorang yang serba boleh – saya boleh meletakkan dia di mana-mana posisi dan dia melakukannya dengan baik. Saya tidak bimbang,” kata Kovac.

Namun, Kovac menaruh sepenuh harapannya kepada Lewandowski apabila berharap pemain itu dapat mengekalkan prestasi terbaiknya hingga hujung musim ini.

“Sukar untuk mencari pengganti. Mungkin ada seorang atau dua pemain dalam dunia yang boleh menggantikan tempat dia. Saya harap dia kekalkan prestasinya pada tahap terbaik.

“Dan, jika dia memerlukan rehat, saya tidak mempunyai masalah untuk menurunkan Thomas atau Serge,” katanya lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×