50 warga emas sertai terapi kesunyian di masjid - Utusan Malaysia

50 warga emas sertai terapi kesunyian di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Lebih 50 warga emas menyertai Program Terapi Kesunyian (PTK) anjuran Persatuan Kebajikan Komuniti Permatang Rambai, di sini hari ini.

Program sehari itu diadakan di Masjid Mukim Permatang Sungkai dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri Kelantan.

Imam Muda Masjid itu, Azmi Hussin berkata, golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan masyarakat setempat yang masih lagi berkeupayaan tampil menjayakan PTK yang julung kali diadakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, 11 pegawai(LPPKN) yang diketuai Penolong Pengarah Kanan LPPKN, Haslinda Hassan berjaya mengadakan ceramah berkaitan, Latihan Dalam Komuniti, Terapi Minda dan pemeriksaan kesihatan percuma.

“Ia turut melibatkan luahan warga tua dalam LDK, permainan terapi warga emas dan aktiviti santai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Azmi berkata, menerusi PTK memberi kesedaran kepada warga emas untuk bersyukur, menikmati dan menghargai kesihatan dan yang dianugerahkan Allah.

Dalam pada itu, Haslinda berkata, program yang dilaksanakan itu mampu meningkatkan kesedaran dalam mengurangkan risiko kesunyian dengan pengurusan emosi yang berkesan.

Menurutnya, modul program lebih berfokus kepada peserta supaya mengamalkan nilai hidup positif, aktif dan produktif dalam kehidupan seharian.

“Ini temasuk memberi pendedahan gaya hidup sihat selain menerapkan suasana harmoni dan ceria agar berasa dirinya masih diterima, disayangi dan tidak terasing,”katanya. – K! ONLINE 

Sebahagian peserta yang menyertai Program Terapi Kesunyian di Masjid Mukim Permatang Sungkai, PasirSebahagian peserta yang menyertai Program Terapi  Kesunyian di Masjid Mukim Permatang Sungkai, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×