BARCELONA 1 Feb. – Barcelona mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Emerson dari Atletico Mineiro bagaimanapun pemain Brazil itu akan beraksi bersama Real Betis
secara pinjaman hingga Jun ini.
Barca berkata dalam satu kenyataan, kos perpindahan tersebut menelan belanja 12 juta euro (RM56 juta) dan Emerson bersetuju untuk mempunyai kontrak di Camp Nou hingga
musim 2023-24.
Dalam pada itu, Betis mengesahkan Emerson akan menyertai mereka secara pinjaman hingga hujung musim ini dan laporan media tempatan Sepanyol mendakwa kedua-dua kelab
tersebut akan membahagikan jumlah yuran perpindahan pemain berusia 20 tahun itu.
“Barcelona dan Atletico Mineiro sudah mencapai persetujuan terhadap perpindahan Emerson yang menyertai kelab Catalan itu bermula 1 Julai ini,” kata Barcelona.
Emerson hanya beraksi selama setahun bersama Atletico Mineiro dan ketika ini sedang beraksi bersama Brazil dalam Kejohanan Amerika Selatan Bawah 20 (B-20) di Chile.
Barcelona berkata pertahanan kanan itu telah dibandingkan dengan bekas penyerang mereka iaitu Dani Alves.
Emerson menjadi pemain kelima menyertai Barca dalam pasaran perpindahan pada Januari ini selepas mereka membawa masuk Jeison Murillo, Jean-Clair Todibo, Frenkie de Jong dan Kevin-Prince Boateng. – AFP











