Ular tedung selar 4 meter cemaskan ibu tunggal - Utusan Malaysia

Ular tedung selar 4 meter cemaskan ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 1 Jan. – Seorang wanita berdepan detik mencemaskan selepas seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira empat meter bersembunyi di bawah tempat meletak barang di rumahnya di Felda Lurah Bilut di sini semalam.

Chin Yock Mooi, 58, berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, dia sedang mengemas bahagian depan rumahnya sebelum menyedari seekor ular berada di bawah tempat letak barang.

“Saya terdengar bunyi dan apabila melihat ke bawah (tempat letak barang) saya terkejut melihat ekor ular. Saya menjerit memberitahu jiran.

“Jiran saya terus memberitahu anggota bomba dan penyelamat yang kebetulan sedang memadam kebakaran semak di kawasan berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Yock Moi yang merupakan ibu tunggal memberitahu, semasa kejadian dia berada seorang diri di rumah manakala anak-anaknya keluar bekerja.

Katanya, anggota bomba yang bergegas ke rumahnya berjaya menangkap ular berbisa itu dalam tempoh kira-kira 20 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×