HSR: Singapura sahkan terima pembayaran kos penangguhan - Utusan Malaysia

HSR: Singapura sahkan terima pembayaran kos penangguhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Kementerian Pengangkutan Singapura mengesahkan telah menerima pembayaran kos penangguhan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) daripada kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan dalam portal rasmi kementerian tersebut, kerajaan Singapura telah dimaklumkan oleh kerajaan Malaysia mengenai perkara tersebut menerusi koresponden diplomatik.

“Kami telah menerima pengesahan daripada kerajaan Malaysia melalui koresponden diplomatik bahawa mereka telah memaklumkan mengenai bayaran kos penangguhan yang ditanggung kerajaan Singapura dengan menangguhkan projek HSR,” katanya ringkas hari ini.

Pada 5 September lalu, Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menangguhkan projek berkenaan selama dua tahun sehingga Mei 2020 dengan menandatangani Surat Sampingan Projek HSR.

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menerusi persetujuan dicapai, Malaysia akan membayar kos penangguhan kepada Singapura sebanyak RM45.1 juta sebelum berakhir Januari tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×