Yadim kini dicemari – NGO Islam - Utusan Malaysia

Yadim kini dicemari – NGO Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Pelantikan ahli-ahli politik sebagai ahli lembaga peme­gang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Ya­dim) dikhuatiri membahayakan kesucian perjua­ngan institusi Islam di negara ini.

Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay memberitahu Utusan Malaysia:

“Yadim bukan tempat untuk dipolitikkan tetapi dakwah Islam. Sepatutnya mereka di dalam ins­

AMIR AMSA ALLA PITCHAY
AMIR AMSA ALLA PITCHAY 

titusi itu adalah mereka yang tersohor dan terbukti pakar dalam bidang agama.”

Beliau mengulas pelantikan beberapa ahli lembaga peme­gang amanah Yadim dalam kalangan ahli politik termasuk calon Pilihan Raya Umum dari Parti Amanah Negara (Amanah), Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai Yang Dipertua Yadim sementara Pe­ngarah Hal Ehwal Syariah Ama­nah, Zolkharnain Abidin pula merupakan Timbalan Yang Dipertua Yadim.

Kira-kira 10 ahli lembaga pemegang amanah lantikan politik terma­suk Ahli Dewan Undangan Ne­geri Paloh, Sheikh Omar Ali yang merupakan ahli DAP.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Mohamed Ezam Mohd. Nor dalam laman Twitter berkata:

“Kehadiran seorang atau dua ahli politik dalam ba­dan itu adalah perlu bagi mendapatkan input selain tindakan sudut politik. Bukan hampir semua ahlinya terdiri orang politik.”

Ketua Pegawai Eksekutif Perhimpunan Belia Islam Dunia, Shahrin Awaludin pula berkata, mana-mana pihak tidak boleh membuat penghakiman awal kerana kemungkinan mereka boleh memberi idea-idea baharu kepada yayasan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×