Industri minyak sawit terjejas, kerajaan PH perlu lakukan sesuatu - Najib - Utusan Malaysia

Industri minyak sawit terjejas, kerajaan PH perlu lakukan sesuatu – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Melihat kepada keadaan industri kelapa sawit yang dilihat terjejas pada tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil inisiatif terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, kerajaan PH perlu segera melihat situasi nilai eksport minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan produk itu yang telah merosot 24.4 peratus untuk keseluruhan tahun lepas berbanding pada 2017.

“Merujuk data terbaharu Jabatan Statistik Negara yang dikeluarkan petang semalam, negatif 24.4 peratus adalah angka yang membimbangkan.

“Eksport getah asli juga turut turun 15.7 peratus bagi tempoh yang sama. Kerajaan PH perlu mengambil maklum fakta ini dan melakukan dengan lebih baik untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan semua peneroka serta peladang dalam negara,” katanya menerusi kenyataan dalam akaun Facebook miliknya, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×