JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan dalam usaha mempertahankan diri ketika diserang oleh tiga lelaki dengan menggunakan cangkul di sebuah bengkel kereta berhampiran Balai Polis Taib Andak, Kulai kira-kira 30 kilometer dari sini semalam.
Dalam kejadian pukul 3.18 petang itu, anggota polis tersebut diserang oleh kumpulan lelaki berkenaan ketika berada di bengkel engan seorang suspek bertindak memecahkan kereta milik mangsa dengan cangkul.
Ketua Pollis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeo berkata, selepas melepaskan tembakan amaran, anggota berkenaan yang masih bertugas, berlari ke balai polis tersebut yang terletak kira-kira 500 meter dari bengkel berkenaan untuk mendapatkan bantuan.
Beliau berkata, kesemua suspek, yang juga merupakan penduduk kampung berdekatan, bertindak sedemikian kerana tidak puas hati dengan tindakan anggota polis itu melaporkan kegiatan jenayah mereka di kawasan kampung.
“Ketiga-ketiga suspek berkenaan berusia antara 25 dan 57 tahun itu, berjaya ditahan sejam selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini. – Bernama









