Pelajar IKM Sungai Petani maut nahas - Utusan Malaysia

Pelajar IKM Sungai Petani maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 31 Jan. – Seorang pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani, maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 101.3 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Taman Ria Indah di sini, petang semalam.

MOHD. ARIFF AIZUDIN ZAINOL
MOHD. ARIFF

Dalam kemalangan kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Mohd. Ariff Aizudin Zainol, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa dilercayai dalam perjalanan dari Taman Guar Indah, Guar Chempedak, dekat sini dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai gagal mengelak satu tong kosong bersaiz lima liter yang berada di atas jalan raya sebaik sampai di tempat kejadian.

“Ekoran itu, mangsa kemudian merempuh pagar besi penghadang jalan dan mengalami kecederaan serius di kepala,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Adzli berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×