Peluang rakyat Kelantan beli tanah murah - Utusan Malaysia

Peluang rakyat Kelantan beli tanah murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 31 Jan. – Kegawatan ekonomi tidak menghalang sebuah syarikat pembangunan tanah Bumiputra, MyHartanah.my menjual 70 peratus daripada lebih 300 lot tanah banglo dalam tempoh tidak sampai satu tahun.

Pengarah Urusan MyHartanah.my, Wan Mohd Syazwan Wan Sukri berkata, usaha pihaknya menjual tanah pada harga 50 peratus lebih murah daripada nilai pasaran sejak April tahun lalu telah memikat pembeli daripada pelbagai peringkat untuk memiliki tanah sendiri.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan konsep membeli tanah penduduk setempat yang sesuai yang kemudiannya dipecahkan kepada lot-lot banglo seluas 5,000 kaki persegi untuk dijual semula kepada pembeli yang berminat dari harga semurah RM19,000 satu lot kepada RM79,000 satu lot mengikut kawasan.

“Setakat hari ini kita sudah membeli tanah seluas 24 hektar bernilai RM6 juta hampir di kesemua daerah di negeri ini yang mana 70 peratus daripadanya sudah berjaya dijual semula dalam bentuk lot banglo.

“Objektif kami sejak menubuhkan syarikat ini awal tahun lalu adalah supaya lebih ramai rakyat mampu memiliki tanah sendiri untuk mereka bina rumah pada masa hadapan.

“Kami mempunyai kepakaran dalam urusan memecah lot dan juga pembinaan di mana kekuatan ini kami gunakan untuk mencari lokasi tanah terbaik,” katanya di Majlis Tandatangan Perjanjian Bagi Projek Tanah Lot Rakyat Mampu Milik di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Kontraktor Kelantan, Hasniro Hasbullah dan Penasihat MyHartanah.my, Mohd Azham Zamiri Ab Rahim.

Sementara itu, Wan Mohd Syazwan berkata, setiap tanah lot banglo yang dijual semula dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti jalan batu dan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk menjual lot tanah Semi-D pula pada tahun ini supaya peluang sama dapat dirasai golongan yang berpendapatan lebih rendah.

Jelaanya, usaha untuk mencari lokasi tanah berpotensi akan diteruskan sehingga ke luar negeri ini.

“Kita bersedia untuk membeli jika ada pemilik tanah yang tidak tahu cara untuk membangunkan tanah atau berniat menjual tanah mereka,”katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×