Bomba KL lakukan pemeriksaan di hotel, pusat beli-belah - Utusan Malaysia

Bomba KL lakukan pemeriksaan di hotel, pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa depan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur (KL) akan giat melakukan pemeriksaan mengejut di lokasi tumpuan seperti pusatbeli-belah juga hotel di ibu kota.

Pengarah JBPM KL, Nordin Pauzi berkata, pemeriksaan tersebut adalah antara usaha yang dilakukan oleh JBPM KL bersama dengan 18 buah balai bomba di ibu negara dalam memastikan kejadian berkaitan dengan insiden kebakaran dapat dibendung.

Ujarnya, penekanan yang diberi fokus sewaktu pemeriksaan oleh pihaknya adalah dengan memastikan alat pemadam api, pintu rintangan api dan sistem pencahayaan ketika berlakunya kecemasan berada dalam keadaan baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat pusat beli-belah yang tidak menepati piawaian sewaktu pemeriksaan dilakukan khususnya ketika proses jualan murah dijalankan di mana pemilik premis mengabaikan aspek keselamatan kebakaran seperti menghalang pintu keluar kecemasan.

“Mengikut Akta Bomba, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara boleh dikenakan terhadap pusat beli-belah atau premis yang gagal mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2019 di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×