KOTA TINGGI 31 Jan. – Seramai 12 kru kapal terselamat daripada lemas setelah kapal dinaiki mereka karam dalam satu kejadian di perairan Kota Tinggi, kira-kira 2 Batu Nautika Timur Tanjung Penyusop di sini malam semalam.
Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia negeri, Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 9.15 malam.
“12 kru itu sedang melakukan ujian jentera dalam kapal dagang MT Sea Frontier yang berdaftar di St. Kitts And Nevis sebelum karam.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kesemua kru warga Myanmar dan Indonesia diselamatkan kapal lain iaitu MT Formula One yang berada di lokasi kejadian,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE











