Raja Muda Perlis berangkat makan malam pertubuhan kebajikan anak yatim - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis berangkat makan malam pertubuhan kebajikan anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 31 Jan. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Makan Malam Sentuhan Kasih, Sejambak Budi’ anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis (PKAYPs) yang diadakan di Dewan Warisan Kangar, baru-baru ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Keberangkatan tiba tetamu diraja tersebut disambut oleh Yang Dipertua PKAYPs, Datin Seri Nor Aswana Omar dan Pengerusi Majlis Makan Malam Amal PKAYPs 2019, Datuk Abdul Azib Saad.


Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Pengarah Urusan Kumpulan Uda Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar.


Di majlis berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan menyaksikan penyerahan mock cek Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor berjumlah RM70,000 dan RM30,000 sumbangan zakat daripada Datuk Ahmad bagi pihak UDA Holdings Berhad kepada pihak Pertubuhan yang diterima oleh Datin Seri Nor Aswana.


Untuk rekod, pada masa ini terdapat seramai 48 pelajar lelaki dan perempuan menghuni Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah yang dikendalikan oleh pihak PKAYPs di Jejawi. Kapasiti penuh yang boleh diisi ialah seramai 70 orang.


Di majlis yang julung-julung kalinya dianjurkan sedemikian rupa oleh pihak Pertubuhan bagi mengumpul dana untuk keperluan perbelanjaan anak-anak yatim di PKAYPs, penyanyi tidak asing lagi Muhammad Khairul Bin Baharuddin atau lebih dikenali sebagai ‘Khai Bahar’ diundang khas bagi menghiburkan para tetamu yang hadir. 


Khai Bahar yang berasal dari Padang Katong, Kangar telah meraih pelbagai anugerah sejak dua tahun yang lalu termasuklah Anugerah Meletop Era 2017, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017, Anugerah Planet Muzik 2017, Top Hot Hot FM 2017 serta Era Digital Muzik Awards 2018. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×