Chelsea ‘berhenti bermain’ ketika beraksi - Utusan Malaysia

Chelsea ‘berhenti bermain’ ketika beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 31 Jan. – Maurizio Sarri menyifatkan pasukannya ‘berhenti daripada bermain’ ketika tewas 0-4 kepada Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pag tadi namun menegaskan bahawa dia tidak berada dalam sebarang tekanan.

Bekas pengendali Napoli itu dilaporkan menahan pemain-pemainnya di bilik persalinan Stadium Vitality selama 45 minit selepas tamat perlawanan selain mengahalang kakitangan kejurulatihan daripada memasuki bilik itu.

“Sukar untuk menggambarkan prestasi perlawanan hari ini. Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama.

“Pada separuh masa kedua kami bolos dua gol dalam tempoh dua minit, seperti kami sudah berhenti bermain. Di bahagian serangan kami tidak bermain sebagai satu pasukan tetapi sebagai individu.

“Saya sendiri tidak faham dengan situasi ini.

“Kami ada 43 minit untuk bermain, jadi masalah ini seharusnya boleh diselesaikan tetapi tidak. Jadi memang sukar untuk saya faham punca kejadian ini.

“Saya cuba untuk memahami keadaan ini selepas perlawanan. Saya bercakap dengan pemain sejurus selepas tamat permainan dan mereka sukar memberikan penjelasan. Esok, saya akan cuba lagi kerana masalah ini perlu diselesaikan segera,” kata Sarri.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×