SEREMBAN 30 Jan. – Kajian yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati lapan daripada 10 rakyat Malaysia percaya bahawa masalah rasuah di negara ini berada pada tahap serius.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil berkata, dapatan kajian itu diperoleh pihaknya melalui data yang dikumpulkan semasa Hari Anti Rasuah Antarabangsa pada bulan lalu.
“Seramai 12,000 responden daripada pelbagai lapisan masyarakat antaranya pekerja swasta, pelajar, kakitangan awam dan pesara mengambil bahagian semasa program anjuran SPRM di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di sini hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…











