Washington bakal benarkan mayat manusia jadi 'baja kompos' - Utusan Malaysia

Washington bakal benarkan mayat manusia jadi ‘baja kompos’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OLYMPIA, Washington – Negeri Washington di Amerika Syarikat akan membenarkan penduduknya mengubah mayat ahli keluarga sebagai baja kompos manusia untuk menanam pokok.

Satu rang undang-undang kini menunggu kelulusan dewan perundangan negeri itu pada bulan hadapan untuk memenuhi cita-cita sesetengah penduduk negeri itu ‘menjadi pokok’ dengan mengubah mayat manusia kepada baja organik.

Jika diluluskan Washington akan menjadi negeri pertama di dunia menjadikan mayat sebagai baja kompos.

Memuatkan artikel berkaitan…

Proses dikenali sebagai ‘kompos semula’ itu memberi alternatif berbanding disemadi dalam keranda biasa selepas seseorang meninggal malah dikatakan lebih menjimatkan dan mesra alam.

Antara kaedah ‘kompos semula’ dicadangkan adalah dengan meletakkan mayat dalam sebuah bekas tekanan tinggi bersama air dan bahan beralkali yang akan menukar badan manusia menjadi baja dan boleh ditanam terus di bawah sebatang pokok.

Idea pelik itu timbul disebabkan pengebumian biasa di Barat banyak menyuntik bahan kimia ke dalam mayat yang akhirnya menyerap masuk ke dalam tanah manakala kaedah membakar mayat pula melepaskan banyak gas karbon dioksida. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini