SWM raikan media Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

SWM raikan media Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 29 Jan. – Seramai 30 pengamal media di negeri ini diraikan dalam majlis makan malam oleh syarikat konsesi, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM), di sini malam ini.

Mereka diraikan oleh Ketua Pegawai Operasi SWM, Ho De Leong; Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM, Mohd. Norlisam Nordin dan Pengurus Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan SWM, Dr. Al’Ashari Othman serta 20 kakitangan syarikat tersebut.

Menurut De Leong, majlis itu dianjurkan bertujuan meraikan pihak media yang banyak membantu SWM menyalurkan maklumat tepat kepada orang ramai mengenai perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam syarikat itu, program tanggung jawab sosial dan kitar semula.

“Tanpa sokongan dan kerjasama daripada media, SWM tidak akan dapat mencapai impak positif dalam pengurusan sisa pepejal dan program kitar semula.

“Maklumat yang disampaikan kepada masyarakat melalui media telah dapat membantu SWM meningkatkan kesedaran awam akan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran,” katanya dalam ucapan pada majlis berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×