PNB perlu terus sokong syarikat tempatan - Utusan Malaysia

PNB perlu terus sokong syarikat tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Permodalan Nasional Bhd (PNB) harus kekal komited kepada syarikat tempatan yang mempunyai prospek jangka panjang dan peluang meskipun berdepan persekitaran pasaran mencabar.

Forum Perniagaan Global Malaysia (MGBF) percaya dana pelaburan itu yang dipimpin oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Aziz, akan membuat pelaburan besar dalam syarikat dengan kepenting­an strategik negara.

Katanya, dengan kepenti­ngan dalam beberapa syarikat korporat terbesar setiap sektor, fokus akan beralih kepada langkah korporat PNB dalam tempoh beberapa tahun akan datang di bawah kerajaan baharu.

“Pelabur akan memantau perubahan yang mungkin berlaku dalam strategi pelaburan PNB. Sebanyak 70 peratus daripada dana PNB dilaburkan dalam pasaran saham tempatan dan ekuiti awam.

“Antara syarikat utama pe­laburan PNB ialah Sapura Energy Bhd. (minyak dan gas), Malayan Banking Bhd. (ke­wa­ngan), Axiata Group Bhd. (telekomunikasi), Sime Darby Bhd. (pelbagai) dan SP Setia Bhd. (hartanah),” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Syarikat yang dinyatakan berikut adalah contoh utama pelaburan PNB dalam syarikat-syarikat yang mempunyai potensi global.

Walaupun pasaran minyak dan gas tidak menentu, PNB masih yakin pelan pemulihan Sapura Energy dan potensi syarikat untuk mencatat pula­ngan dalam jangka masa panjang.

Pada tahun lalu, Sapura Energy mengumpul sebanyak RM4 bilion daripada terbitan hak yang akan digunakan untuk tujuan mengurangkan hutang.

MGBF ditubuhkan pada 2009 untuk membantu penglibatan perniagaan global antara Malaysia dan dunia.

MGBF menawarkan pelbagai perkhidmatan perun­dingan, daripada pemadanan perniagaan, penglibatan pihak berkepentingan, pembangunan perniagaan strategik, pemba­ngunan dasar, nasihat dan perkhidmatan penyelidikan bagi syarikat dan persatuan perdagangan yang memperluas penguasaan pasaran mereka.

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×