AADK sasar 59 kawasan risiko tinggi, pulih tahun ini - Utusan Malaysia

AADK sasar 59 kawasan risiko tinggi, pulih tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 29 Jan. – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan untuk memulihkan 59 kawasan merah iaitu kawasan berisiko tinggi permasalahan dadah di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Ketua Penga­rah­nya, Datuk Seri Zulkifli Abdul­lah berkata, kesemua kawasan itu adalah sebahagian daripada 88 kawasan merah yang­ dikenal pasti di­ negara ini keti­ka ini.

Pelbagai usaha katanya, akan digerakkan de­­ngan tum­puan kepada tiga kawasan berisiko tinggi dadah iaitu di perumahan rakyat, perladangan dan persekitaran nelayan.

Memuatkan artikel berkaitan…
ZULKIFLI ABDULLAH
ZULKIFLI ABDULLAH 

“Sekarang ini ada 88 kawasan merah daripada kese­luruhan 178 yang dikesan tahun lalu yang kita dah berjaya di­pulihkan. Sebelum akhir tahun 2019, kita harap yang tinggal tidak lebih daripada 28 kawasan merah manakala selebihnya 117 kawasan kuning dan 33 kawasan hijau,” kata­nya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Malam Semurni Kasih Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di sini malam tadi.

Terdahulu, Zul­kifli menyampai­kan­ Anugerah Ke­­­puli­han­ Klien AA­­DK ke­pa­da pe­ngu­saha res­­to­ran, Warung Na­si­ Kerabu Pok Din­, Mohd. Nordin Ibrahim.

Menurut Zulkifli, pi­haknya dari se­­ma­sa ke semasa akan menilai semula kawasan yang telah dihijaukan bagi memastikan gejala itu tidak berpindah ke kawasan lain.

Bagi Terengganu katanya, sebanyak­ 10 kawasan merah dikesan dengan empat daripadanya terletak di bandar raya ini, dua di Besut dan masing-masing satu di Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu serta Marang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini