60 peratus pemandu gagal tukar minyak enjin ikut tempoh ditetapkan – Bosch AA - Utusan Malaysia

60 peratus pemandu gagal tukar minyak enjin ikut tempoh ditetapkan – Bosch AA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA)
mendedahkan kira-kira 60 peratus pemandu negara ini didapati gagal menukar
minyak enjin apabila sampai masa berbuat demikian.

Pengurus Bosch AA, Pang Yoon Kong berkata, 99 peratus pemandu menyedari mengenai kepentingan minyak enjin, namun tidak semua menukar bendalir tersebut meskipun sudah melebihi jangka hayatnya.

Katanya, minyak enjin adalah komponen penting dalam memastikan enjin dapat berfungsi dengan baik untuk melincinkan pergerakan dan secara tidak langsung mengurangkan geseran seperti haba dan kehausan.

“Ia juga bertindak sebagai ejen yang melindungi enjin daripada kakisan dan karat, menyejukkan suhu operasi enjin serta membantu mengeyah bahan cemar seperti kotoran daripada bahan bakar dan jelaga yang terhasil daripada pembakaran tidak sempurna,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, minyak enjin yang ditukar mengikut jadual ditetapkan mampu memanjangkan usia kenderaan dan jika gagal berbuat demikian pelbagai masalah akan timbul yang akhirnya pemilik kenderaan terpaksa menggeluarkan kos tinggi untuk menggantikan alat ganti yang rosak.

“Jika anda dapati terdapat bunyi enjin yang bising, pengunaan minyak lebih tinggi daripada biasa atau warna minyak enjin telah bertukar hitam semasa pemeriksaan batang celup meskipun aras minyak enjin masih tinggi, sila hantar kenderaan anda untuk pemeriksaan segera. Ini semua adalah tanda-tanda masalah enjin yang mungkin disebabkan beberapa faktor selain gasket bocor”, kata Yoon Kong.

Ujarnya, pemeriksaaan awal atau servis kenderaan mengikut jadual ditetapkan boleh mengelak sebarang gangguan perjalanan terutama ketika musim perayaan.

“Pihak kami menawarkan pelbagai jenis minyak enjin untuk semua kenderaan penumpang yang direka khas memberikan perlindungan optimum pada enjin untuk semua tahap suhu dan tinggi dalam kestabilan pengoksidaan yang sesuai untuk iklim seperti Malaysia. Pilihan minyak enjin keluaran Bosch boleh didapati di Lazada di https://bit.ly/2TBTGPo,” ujarnya. – K! ONLINE

Empat tip penyelenggaraan minyak enjin untuk pemilik kereta

  • Periksa batang celup untuk tanda aras dan warna minyak enjin sebulan sekali
  • Periksa tempat parkir kenderaan anda untuk sebarang tanda kebocoran di atas lantai
  • Sentiasa ikut cadangan pengilang kenderaan untuk jenis minyak enjin yang dicadangkan sesuai dan tempoh selang servis
  • Prihatin dengan bunyi enjin yang luar biasa, penggunaan minyak tinggi dan prestasi kereta menurun
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×