Institut Latihan, Pengurusan dan Tadbir Urus Perbandaran perlu ditubuhkan - Utusan Malaysia

Institut Latihan, Pengurusan dan Tadbir Urus Perbandaran perlu ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Kerajaan digesa untuk menubuhkan Institut Latihan, Pengurusan dan Tadbir Urus Perbandaran bagi memenuhi keperluan pengurusan perbandaran lebih baik ekoran pertumbuhan bandar raya dan bandar yang semakin pesat di negara ini.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penubuhan institut itu juga perlu dibiayai oleh kerajaan.

Kata beliau, cadangan itu perlu dilaksanakan kerana pembangunan dan pengurusan kawasan bandar merupakan cabaran utama pada masa ini selain dilihat sebagai antara tugas yang paling kompleks untuk masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cabaran utama abad ke-21 adalah berkaitan perbandaran. Proses urbanisasi yang pesat di negara ini menjurus kepada pembangunan bandar.

“Tumpuan pembangunan dan aktiviti manusia di kawasan bandar memberikan implikasi besar kepada penduduk bandar yang berhadapan tekanan persekitaran secara fizikal, psikologi dan sosial.

“Bandar-bandar seperti kita lihat hari ini sudah berubah secara dramatik. Persekitaran akan membentuk semula cara kita menjalani kehidupan dan zaman perbandaran baharu ini memberikan peluang kepada kita untuk membina dan mencipta semula bandar-bandar. Perancangan dan rekabentuk yang baik akan menentukan persekitaran hidup kita,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×