Md. Yusof Ahmad Ketua JSJ Johor yang baharu - Utusan Malaysia

Md. Yusof Ahmad Ketua JSJ Johor yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Jan. – Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad dilantik menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor menggantikan Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim.

Md.Yusof Ahmad sebelum ini merupakan Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) negeri ini menggantikan Kamaluddin yang bertukar ke Melaka sebagai Timbalan Ketua Polis negeri itu.

Majlis serah terima tugas antara Md. Yusof dan Kamaluddin disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. di Dewan Dato’ Onn di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Khalil dalam ucapannya berkata, tugasan JSJ di negeri ini termasuk di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) kini lebih luas dan bukan hanya tertumpu kepada usaha memerangi jenayah antaranya kegiatan judi.

Walau bagaimanapun, tegasnya, beliau tidak melihat anggota dan pegawai yang terlibat dengan bahagian itu lemah, namun Mohd. Khalil percaya setiap daripada mereka masih mempunyai ruang memperbaiki diri. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×