Insentif pelaburan di utara Johor bukan pendekatan terbaik - Utusan Malaysia

Insentif pelaburan di utara Johor bukan pendekatan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Jan. – Cadangan insentif yang ingin diperkenalkan kerajaan negeri dalam usaha untuk menarik pelabur ke utara Johor berbanding selatan negeri ini, bukan satu pendekatan yang terbaik buat masa sekarang.

Ini kerana, menurut bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, jika dasar itu diperkenalkan ketika Johor sedang memuncak naik dan menjadi pilihan, akan menjadi satu 
kerugian hasil yang besar kepada Johor.

Melainkan kerajaan negeri hari ini, katanya, mengakui bahawa mereka tidak berupaya meneruskan pencapaian terbaik negeri ini dalam aspek kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) selama lima tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cadangan itu dengan jelas menjadi petunjuk bahawa kerajaan negeri kini berada dalam keadaan pincang dan sangat terdesak selepas Pakatan Harapan mengambil alih. 

“Sehingga terpaksa memberikan pelabur asing kelebihan dan kemasukan percuma ke Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Johor utara pastinya mempunyai keistimewaan tersendiri bagi menarik pelabur tempatan dan antarabangsa sekali gus kerajaan negeri perlu menggunakan kelebihan yang ada untuk mengembangkan aspek pelaburan lain.

“Barangkali YAB Menteri Besar Johor sudah ketandusan idea untuk membangunkan Wilayah Utara Johor tanpa perlu melepaskan peluang kerajaan negeri untuk mendapatkan hasil.

“Saya percaya cadangan itu dilakukan demi menjayakan manifesto Pakatan Harapan untuk merancakkan pembangunan di utara negeri ini,” katanya. – ONLINE UTUSAN
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×