Kemenangan BN kukuh kerjasama blok pembangkang - Pas - Utusan Malaysia

Kemenangan BN kukuh kerjasama blok pembangkang – Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands sebagai satu perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik.

Beliau berkata, kemenangan itu merupakan satu isyarat bahawa rakyat menolak Pakatan Harapan (PH) dan budaya politik melampau yang dibawa oleh DAP.

“Syukur kepada Allah dengan hidayahNya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon beragama Islam bagi mewakili rakyat dan masyarakat majmuk di Parlimen Cameron Highlands.

“Setinggi penghargaan diucapkan kepada ahli dan jentera Pas dari seluruh negeri dan negara yang turut membantu dalam kempen PRK Cameron Highlands ini. Semoga Ramli Mohd. Nor dapat membawa suara pembela agama, bangsa dan negara dengan sebaiknya di Parlimen,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook rasminya, malam tadi.

BN menang dengan majoriti besar iaitu sebanyak 3,238 undi selepas meraih 12,038 undi keseluruhan, manakala, calon PH, M. Manogaran meraih 8,800 undi.

Dua calon bebas yang bertanding pula, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab. Talib masing-masing meraih 276 dan 314 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×