The Bos Gaurus lancar dua jersi baharu - Utusan Malaysia

The Bos Gaurus lancar dua jersi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Lebih 10,000 penyokong Perak teruja menyaksikan Kit Pasukan Liga Super Perak Musim 2019/2020 dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, di Dataran Bandaraya Ipoh di sini malam ini.

Pelancaran penuh gilang gemilang itu menyaksikan dua jersi baharu pasukan juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super itu ditaja Al-Ikhsan Sports dengan jersi pertama berwarna kuning dan kedua hitam, sempena warna bendera Perak.

Selain pelancaran kit pasukan The Bos Gaurus (TBG), majlis pelancaran itu turut memperkenalkan skuad musim ini yang dikendalikan oleh jurulatih Mehmed Durakovic.

Majlis juga turut diserikan dengan persembahan lima artis jemputan iaitu Baby Shima, Zizi Kirana, Ruffedge, Datuk Awie dan Ratu Rock tanah air, Ella.

Dalam pada itu, ketika sidang akhbar Ahmad Faizal, yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkata, satu lagi jersi berwarna putih akan dilancarkan tidak lama lagi yang akan digunakan pada Liga Juara-Juara Asia.

Ditanya mengenai kekosongan satu lagi slot pemain import, Ahmad Faizal berkata, buat masa ini beliau yakin dengan barisan pemain yang kebanyakan berusia bawah 25 tahun,
 “Kalau bawa terlalu banyak pemain baharu akan hilang keserasian,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×