Sultan Nazrin berangkat Majlis Santapan Beradat Hari Kastam Sedunia - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin berangkat Majlis Santapan Beradat Hari Kastam Sedunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menghadiri Majlis Santapan Beradat sempena sambutan Hari Kastam Sedunia ke-37, di Istana Negara di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut hadir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy.

Keberangkatan tiba baginda berdua di Istana Negara pada kira-kira 8.30 malam, turut disambut hampir 500 pegawai dan anggota Kastam.

Baginda berdua seterusnya berkenan meluangkan masa hampir dua jam di majlis itu, sebelum berangkat meninggalkan majlis kira-kira 10.35 malam.

Hari Kastam Sedunia disambut oleh kesemua 187 anggota Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) seluruh dunia pada 26 Januari setiap tahun. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×