BHUBANESWAR 26 Jan. – Semua sekolah di daerah Bhubaneswar diwajibkan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di dewan peperiksaan bagi memastikan ketelusan perjalanan peperiksaan.
The Times of India melaporkan Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Sundarlal Seal berkata, sehubungan itu, pihaknya telah mengeluarkan notis arahan kepada semua pengetua sekolah dan meminta mereka untuk mengemaskini status pemasangan CCTV selewat-lewatnya akhir bulan depan.
“Ia adalah bagi memastikan tidak ada kes tiru atau penipuan sewaktu peperiksaan,” katanya. -AGENSI










