Kraljevic kemudi TRW 2019 - Utusan Malaysia

Kraljevic kemudi TRW 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 26 Jan. – Bekas penyerang prolifik Kelantan musim 1991 hingga 1994, Marko Kraljevic diumumkan sebagai Ketua Jurulatih The Red Warriors (TRW) musim 2019 bagi mengharungi saingan Liga Perdana yang bakal membuka tirainya 1 Febuari ini.

Kembalinya Kraljevic ke pangkuan Kelantan diibaratkan seperti sirih pulang ke gagang kerana beliau pernah beraksi dengan skuad yang terkenal dengan laungan Gomo Kelate Gomo itu.

Difahamkan, Kraljevic menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Kraljevic diumumkan sebagai ketua jurulatih Kelantan yang baharu dalam Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain TRW Musim 2019 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Pemain kelahiran Jerman itu bakal membentuk gandingan bersama Kamarudin Mohammed di barisan kejurulatihan Kelantan.

Untuk rekod, Kraljevic pernah membentuk gandingan mantap bersama legenda Kelantan Hashim Mustapa sehingga pemain itu dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Malaysia pada musim 1993 dan 1994.

Sebelum ini, Kelantan dilatih sementara oleh pengarah teknikal pasukan, Jorg Peter Steinebrunner. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×