Tuduhan orang utan pupus kerana industri sawit tidak benar - Teresa - Utusan Malaysia

Tuduhan orang utan pupus kerana industri sawit tidak benar – Teresa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Kementerian  Industri Utama menegaskan tuduhan yang dilemparkan gerakan anti-sawit dari luar negara yang industri sawit di Malaysia menyebabkan kepupusan orang utan adalah tidak benar.

Teresa Kok
Teresa Kok 

Menterinya, Teresa Kok berkata, tuduhan tersebut adalah persepsi yang sengaja direka bagi menghasut masyarakat dunia agar tidak lagi membeli minyak sawit dalam kehidupan seharian mereka.

“Ada tuduhan daripada gerakan anti-sawit di media sosial yang sebanyak 25 orang utan mati setiap hari akibat hutan yang diteroka untuk penanaman sawit dan hal ini tidak benar sama sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kementerian telah mengambil langkah untuk memperhebatkan lagi kempen ‘Sayangi Minyak Sawitku’ bagi memerangi kempen anti-sawit yang mengancam kedudukan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Chin Hin Property Development di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Chin Hin Property Development, Chiau Haw Choon.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×