Ramli dedah sebab kurang bercakap dengan wartawan - Utusan Malaysia

Ramli dedah sebab kurang bercakap dengan wartawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor  hari mendedahkan sebab beliau kurang bercakap ketika bertemu petugas media yang membuat liputan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Menurutnya, beliau bukan tidak sukakan liputan media sebaliknya mengambil sikap kurang bercakap kerana dibimbangi akan timbul isu lain jika dia banyak bercakap.

“Ada yang kata saya tak pandai bercakap, saya bukan tak suka media malah semasa bertugas (sebagai anggota polis), saya memberikan kenyataan akhbar kepada pihak media.

“Saya berpegang pada kata-kata ‘lagi banyak anda bercakap, lagi banyak anda buat hal,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Pos Menson dekat sini hari ini.

Ditanya mengenai pengalamannya sepanjang dua minggu berkempen, Ramli berkata, perkara paling ketara yang dialaminya ialah kurang tidur.

“Ini mungkin disebabkan saya terlalu penat berkempen,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×