Pengasas Budu Cap Ketereh meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pengasas Budu Cap Ketereh meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 26 Jan. – Pengasas produk budu jenama tersohor di negeri ini iaitu Budu Cap Ketereh meninggal dunia malam tadi.

Ismail Jusoh, 69, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 8.05 malam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

Anak arwah, Mohd. Izwan Ismail, 33, berkata, ayahnya dimasukkan ke HUSM pada 8 Disember lalu disebabkan mengalami tekanan darah rendah.

 “Keadaannya semakin lemah dan pemeriksaan lanjut doktor mengesahkan ayah mengidap kanser darah tetapi masih di peringkat awal.

 “Awal Januari lalu ayah menjalani kemoterapi namun keadaannya semakin lemah, mungkin disebabkan dia pernah menjalani pembedahan jantung sebelum itu,” katanya.

 Mohd. Izwan memberitahu, jenazah bapanya selamat dikebumikan di tanah perkuburan kampung Ketil pukul 7.30 pagi ini.

 Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Kamariah Husien, 65 dan lapan anak.

 Legasi perniagaan Budu Cap Ketereh akan diteruskan oleh Mohd Izwan dan adik beradiknya memandangkan mereka sudah menceburi bidang ini dari awal lagi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×