Jersi baharu TRW diperkenal malam ini - Utusan Malaysia

Jersi baharu TRW diperkenal malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU  25 Jan. –Jersi baharu pasukan bola sepak Kelantan di bawah tajaan PUC Sport bernilai lebih RM500,000 bakal diperkenalkan kepada orang ramai di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam ini.

Jersi The Red Warriors (TRW) itu dengan harga promosi RM89 sehingga akhir Februari  ini dikeluarkan tanpa cetakan nama serta nombor selain berkualiti tinggi. 

Pengarah Urusan PUC Sport, Mohd. Shukry Pauzi berkata, jersi rekaan terbaharu itu mempunyai potongan laser, logo serta stiker  berkualiti, logo Kelantan melalui tenunan  yang cantik,  lubang angin di tepi badan dan kualiti kain lembut dan tidak panas.

Katanya, jersi itu juga bakal dihiasi empat logo syarikat penaja lain iaitu BMW, Rohm Wako, Yakult (M) Sdn. Bhd,  Konsortium E-Mutiara  dan Excel.

 “Harga jersi ini sebenarnya telah ditetapkan pada harga RM109 namun setelah dibincangkan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan pengedar, pihak PUC Sport bersetuju menurunkan harga RM89 untuk peminat semua.

“Jersi ini merangkumi identiti asli kelab dengan mendapat sentuhan baharu PUC Sport di bahagian kolar dan bawah jersi  bergaris  merah serta tertera tulisan Kelantan.

 “Saya percaya ribuan penyokong Kelantan akan  teruja ketika menyaksikan pelancaran jersi baharu  itu bagi mengharungi  Liga-M nanti,” katanya.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan jersi tersebut atau pelbagai barangan sukan lain melalui pembelian secara online di www.pucsport.com.

Pembelian secara mobile juga boleh dilakukan menerusi aplikasi bernama Puc Sport di App Store. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×