CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. – Seramai 15 peratus daripada 31,639 pengundi di Parlimen Cameron Highlands telah keluar mengundi setakat pukul 9 pagi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan harun berkata, proses pengundian berjalan lancar selepas kesemua 29 pusat mengundi dibuka serentak pada pukul 8 pagi.
“Proses pengundian hari ini lancar dan orang akan ramai keluar selepas ini di mana saluran telah mula didatangi secara perlahan-lahan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Raja di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










