KUALA LIPIS – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada kira-kira pukul 8.50 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gahai di sini hari ini.
Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai tiba pukul 8.40 pagi, mengundi bersama isterinya, Datin Seri Burhah Mohammed di saluran satu.
Ketika ditemui selepas pengundian, Wan Rosdy berharap cuaca yang baik akan membolehkan ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab kepada negara.
“Saya harap pengundi buatlah pilihan yang bijak memilih calon kerana negara kita mengamalkan demokrasi. Apa sahaja keputusan malam ini kami terima dengan hati terbuka,” katanya.
Sementara itu, calon Bebas Sallehudin Ab. Talib mengundi di saluran dua di SK. Sungai Koyan 1 pada 8.20 pagi. – K! ONLINE










