Wan Rosdy optimis BN pertahan Parlimen Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Wan Rosdy optimis BN pertahan Parlimen Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 26 Jan. – Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selesai mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gahai di sini hari ini.

Wan Rosdy bersama Isterinya, Datin Seri Burhah Mohamed tiba di pusat mengundi tersebut pada pukul 8.40 pagi dan selesai mengundi 10 minit kemudian.

Wan Rosdy ketika ditemui berkata, meskipun cabaran hebat dalam PRK ini,  beliau optimis BN akan mengekalkan kemenangan.

“Syukur saya dapati pengundian hari ini berjalan dengan lancar dan saya nampak ramai yang datang mengundi awal dan yakin pengundi akan membuat pilihan bijak.

“Kalau menang saya bersyukur kerana pengundi membuat pilihan yang bijak dan kalau sebaliknya kita terima kerana negara kita mengamalkan demokrasi,” katanya.

Sementara itu, calon Bebas, Sallehudin Ab. Talib selesai mengundi pada pukul 8.20 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK)  Sungai Koyan 1 dekat sini.

Sallehudin berkata, beliau menerima apa sahaja keputusan dan akan terus berkhidmat kepada masyarakat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×